Thursday, September 23, 2010

Bagaimana Bahasa Asing Di Terima Di Dalam Bahasa Melayu

Sifat bahasa Melayu yang mudah menerima pengaruh bahasa asing dikenali sebagai sifat dinamik. Kedamikan ini membolehkan bahasa Melayu terus hidup berkembang sejajar dengan peredaran zaman.

Sikap mengagungkan bahasa asing menjadikan perkataan bahasa melayu dianggap lapuk atau tidak bergaya.

Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding dengan perkataan
dalam bahasa Melayu sehingga menjadikan sesuatu perkataan dalam bahasa asaing lebih
mudah diingati dan difahami.

Penggunaan bahasa asing di dalam bahasa melayu juga  bertujuan mengatasi masalah sinonim
bagi membezakan makna perkataan yang digunakan dalam keadaan biasa.

Bahasa asing dimurnikan ke dalam bahasa Melayu bagi tujuan perancangan bahasa Melayu menjadi bahasa moden supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Bahasa asing juga digunakan di dalam bahasa Melayu bagi tujuan keperluan menamakan sesuatu benda, konsep, atau fenomena baru bagi menjelaskan hal tersebut.

Terdapat pelbagai faktor dan sebab mengapa bahasa asing di murnikan ke dalam
bahasa Melayu, sehingga kini bahasa Melayu masih memurnikan bahasa asing.
Walaubagaimanapun pemurnian bahasa asing turut dikawal bagi memastikan kelansungan
hayat bahasa Melayu.