Saturday, October 16, 2010

Pengaruh Bahasa Tamil Di Dalam Bahasa Melayu

Jumlah perkataan bahasa Tamil yang diserap ke dalam bahasa Melayu amat sedikit.
Banyak perkataan bahasa Tamil yang diserab ke dalam
bahasa  Melayu turut diserab daripada bahasa lain.

Kebanyakkan kosa kata yang diserab daripada bahasa  tamil
berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan, makanan,
peralatan, dan hubungan kekeluargaan.

Antara bahasa Tamil yang di serab ke dalam bahasa Melayu :
                
                         Apam, bagaimana, bapa, bedil, canai, cerut, coli, cuci,
                         cukai, emak, gerudi, gudang, guni, gurindam,
                         jodoh, kari, katil, keldai, kendi, ketumbar, kuil,
                         kuli, ladam, lebai, logam, macam, mahligai,
                         mempelai, negeri, nelayan, nilam, nira, percuma,
                         peti, pili, pinggan, pondan, putu, ragam, ranggi,
                         sami, seloka, tali, tandil, tembikai, dan tirai.

Pengaruh Bahasa Cina Di Dalam Bahasa Melayu

Proses komunikasi masyarakat majmuk di Malaysia sering memperlihatkan
fenomena peresapan kosa kata.
Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina
telah  menyebabkan kata- kata bahasa Cina meresap ke dalam bahasa Melayu.

Kebanyakkan  kata pinjaman  daripada  bahasa cina yang
 terdapat  dalam bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal
dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna.

Berikut ialah senarai  kata yang diserap ke dalam bahasa Melayu :

                                 Cawan, tanglung, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke,
                                 singse, bohsia, beng, cang, ebi, kopi o, suun, kuaci, lobak,
                                 tauhu samsu, popia, koyok, tocang, gincu, ceongsam, amah,
                                 angpau, capcai, laici, pau, sampan, tahil, taugeh, teh o beng,
                                 tong, pakau, lai, kuetau, pisau, mahjung, kini, jong, inci, cat,
                                 kailan, longan, mi, mihun, kuih, tokong, kek, kicap, panking.

Pengaruh Bahasa Inggeris

Pengaruh bahasa Inggeris mula meresap masuk ke dalam bahasa
Melayu pada abad ke-18 apabila pihak Inggeris bertapak  di Pulau
Pinang pada tahun 1786. Selepas itu di bawah perjanjian Pangkor 1876
sedikit demi sedikit pihak Inggeris berjaya menguasai Tanah
Melayu sehingga pengaruhnya begiu dominan.

Bahasa Inggeris  menjadi pengaruh yang dominan kerana pada
ketika itu dasar bahasa pihak  pemerintahan Inggeris yang mengutamakan
bahasa Inggeris. Malah bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi ketika itu.
Pendidikan Inggeris yang meningkatkan penutur bahasa Inggeris
dalam kalangan orang Melayu.

Perancangan bahasa Melayu yang menyerap istilah daripada
bahasa Inggeris  untuk membina bahasa moden.
Malah bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar  untuk
pembelajaran matapelajaran sains dan matematik.

Media massa dan elektronik masa kini , khususnya iklan yang
banyak menggunakan bahasa Inggeris bagi tujuan menarik minat dan pengaruh.

Sehingga kini bahasa Melayu terus menyerap bahasa
kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Berikut perkataan yang di serap ke dalam bahasa Melayu :
                          
                            Aiskrim, aerial, agensi, audit, automatik, bas, basikal, beg,
                            botol, buku, caj, cek, coklat, demokrasi, deposit,
                            dialog, doktor, drebar, ekonomi, ekspres, elaun,
                            emporium,enjin, gelas, faktor,fesyen, filem, fokus,
                            fungsi, gabenor, gelas, geran, gimik, global, gosip,
                            graf, habitat, hero, hipokrit, hotel,  humus, idea, imej,
                            import, individual, invois, jaket, jel, jip, joging, juri,
                            kabinet, kelas, klinik, kolej, kupon, lampu, lesen, lirik,
                            lori, lokap, majistret, mekanik, misteri, motokar,
                            muzik, napkin, nepotisme, nitrogen, notis, nuklear,
                            objek, oksigen, opera, optimis, organ, paip, pensel,
                            pistol, plastik, polis, radio, resit, roket,
                           saman, stesen, subjek, tayar, teknologi, tiket.

Thursday, October 14, 2010

Bahasa portugis yang dimurnikan ke dalam bahasa melayu

Pengaruh bahasa Portugis terhadap bahasa melayu bermula apabila kuasa barat berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511. Semasa pemerintahan portugis, mereka membawa bahasa portugis kreol ke Melaka tetapi bahasa tersebut tidak dapat  menggantikan bahasa Melayu pasar yang digunakan oleh pelbagai  keturunan  masyarakat  di Melaka pada ketika itu.

Pengaruh bahasa portugis terhadap bahasa Melayu amat terbatas.
Antara yang telah di murnikan ke dalam bahasa Melayu:
                       
                         Armada, baldi, bangku, bendera, beranda, bola, bomba, dadu,
                          garpu, gereja, jendela, kapitan, kebaya, keju, kemeja, lampu,
                          meja, mentega, minggu, nanas, nona, paderi, palsu, peluru, roda,
                          sekolah, sepatu, tembakau, tinta, dan tuala.

Pengaruh Bahasa Jawa Di Dalam Bahasa Melayu

Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasaa Melayu menjadi dominan pada zaman
kerajaan Majapahit yang menjadikan bahasa jawa sebagai teras pemerintahannya.

Pada zaman bahasa Melayu kuno, bahasa jawa bukan sahaja mempengaruhi koasa kata
bahasa Melayu tetapi turut mempengaruhi  aspek tulisan.
Penyebaran bahasa jawa ke dalam bahasa melayu berlaku melalui beberapa saluran.
antaranya termasuklah kesusasteraan jawa dalam bentuk cerita- cerita panji.

Daripada kajian yang dilakukan oleh Mashudir Kader dan Siti Noraini Jupri
terhadap kamus dewan, terdapat lebih kurang 1977  perkataa n  Melayu
berasal daripada bahasa Jawa.Antara perkataan bahasa Melayu yang
dimurnikan ke dalam bahasa Melayu :
                               
                                 Adegan, awet, ayu, bagus, beres, bibit, calon,
                                 cerdas, dadar, duda,   enak, enteng, gado- gado,
                                 gamelan, garing, gembleng, gugah,  jerok, kaget,
                                 kali, keringat, keruan, ketara,  kiai,  lapor, lelucon,
                                 lempeng, ,lontong, lolos, lulur, lumayan, ,lurah,
                                 matang,  ningsun, oleh-oleh, pamer, pasrah, ,pecal,
                                 perabot, peria, pinggir, prihatin, pundak, ronggeng,       
                                ruwat saring, semberono, sering, soto, tulen, wali, waras.
                                        

Pengaruh bahasa parsi

Pengaruh bahasa parsi dalam bahasa Melayu selalunya dikaitkan  dengan pengaruh
agama Islam yang bertapak di alam Melayu. Berbanding dengan pengaruh bahasa Arab,
pengaruh bahasa parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan Melayu.
Kosa kata bahasa parsi digunakan untuk gelaran raja- raja Melayu dan upacara
penabalan raja- raja Melayu.

Menurut Engku Isman, terdapat 184 patah perkataan bahasa Melayu yang di ambil daripada bahasa parsi. Kosa kata ini digunakan dalam pelbagai aspek seperti barang- barang perdagangan, makanan, peralatan, pelayaran, pemerintahan, dan sebagainya.
Antara kosa tersebut ialah :
                      
                   Agar, andai, andaman, anggur, badam, baftah, bahari, baju, bandar,
                   banjir, bazar,beriani, cogan, cokmar, daftar, dewan, dram, 
                   firasat, garam, gandum, gusti, istana, jam, johan, juadah,
                   kawin, kamar, kapur, kawah, kebab,
                   kelasi, khoja, kismis, kurma, laksa, lawak
                   medan, nafiri, nakhoda, lasykar, nisan, nobat, pahlawan,
                   pasar, pelana, perca, peri, pesona, piala,
                   pinggan, rebana,rebab, rubah, sandal,
                   saudagar, seluar, serban, seruling, sudah,
                   syah, syahbandar, takhta,
                   taman, temasya, teraju dan terompet.

Pengaruh Bahasa Arab di dalam bahasa Melayu

Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan islam di tanah Melayu
Pertapakan islam di kepulauan Melayu telah menyebabkan proses pengislaman penduduk tempatan.

Karya- karya sastera Islam mula muncul pada zaman kerajaan Melayu Melaka dan kemudiannya
mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Melayu Aceh. Dari segi bahasa pula,
pengaruh daripada bahasa Arab dan Islam telah memartabatkan bahasa Melayu sehingga
mencapai status bahasa ilmu, iaitu bahasa yang mampu menyampaikan ilmu dan falsafah Islam.
Berbanding dengan bahasa sanskrit, pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu lebih dominan.

Sebelum tahun 1975, kosa kata daripada bahasa Arab telah menjadi sumber pembentukan istilah bahasa Melayu dalam pelbagai lapangan. Unsur- unsur Arab turut mempengaruhi identiti dan cara hidup orang melayu.

Bahasa Arab yang dimurnikan ke dalam bahasa Melayu terdiri daripada bidang :

      Agama
    -baligh, doa, hadis, haji, imam, kiblat, mufti, munafik, murtad, nabi, rasul, rukuk,
       zakat, tarekat, tasawuf,tauhid, umrah, wahid, wali.

    Ilmu
    -ahli ,ayyat, falak, fasal, falsafah, hikayat, hisab, ilmu, jawab, kalam, kamus,
      khatam, kitab, makrifat, riwayat, sejarah, soal, tabib, takwim,tarikh.

    Perasaan dan fikiran
    -akal, amam, faham, fikir, hajat, ikhlas, ilham, insaf, kabul, kalbu,
     khuatir, maksud, mustahil, nafsu, nasihat,niat, yakin.

    Hukuman
    -adil, batal, fatwa, halal, haram, hakim, hukum, kadi, mahkamah, makruh,
      mansuh, sah, tertib, wajib, wakaf, wakil, wilayah, zalim

    Adat
    -akad, fakir, fitnah, hormat, kafilah, karib,kaum, kerabat, maaf, maruah, musafir,
      nasab, nikah,salam, sedekah, tahniah, takziah, umat, waris, ziarah.

    Benda dan kejadian
    -akhirat, alam, dunia, haiwan, insan, jasad, jubah, kopiah, kubah,
      nur, roh, salji, wajah, wilayah, wujud.
.