Saturday, October 16, 2010

Apa Itu Bahasa Asing

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka bahasa ialah apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan bahasa kata bahasa per-cakapan dan kata ucapan dan kata nista kata-kata yg menista (mencemuh dll) bahasa percakapan buah apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan, bertutur, bercakap, berbicara, berkata.

Manakala perkataan asing pula di tafsirkan sebagai sesuatu yang (berasal) dari tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing. orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing.

Bahasa asing menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah bahasa selain daripada bahasa ibunda, ia di pelajari secara formal atau tidak formal.

Bahasa melayu mula menerima pengaruh bahasa asing sejak zaman bahasa melayu kuno lagi. Pada zaman awal, bahasa melayu dipengaruhi oleh bahasa sanskrit. Kedatangan islam ke tanah melayu telah membawa pengaruh bahasa Arab. Seterusnya kedatangan eropah pula menyebabkan bahasa melayu di pengaruhi  bahasa - bahasa eropah.

Pertembungan budaya menyumbang kepada kehadiran bahasa asing, hal ini berlaku dalam pelbagai cara,seperti kegiatan perniagaan dan perdagangan,  peperangan dan penjajahan politik, perhijrahan dan persahabatan serta pendidikan dan penyebaran agama.

No comments:

Post a Comment