Saturday, October 16, 2010

Definisi Bahasa Menurut Pandangan Ahli Linguistik

Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct) manusia
untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol - simbol yang lahir secara sedar.


Bloch  dan Trager (1942) menyatakan bahasa ialah suatu sistem lambang - lambang
bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi.


Chomsky (1957) mendefinisikan bahasa ialah suatu set ayat yang
mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu
set unsur yang terhad.

Ferdinand de saussure (1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyarat
yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan
bunyi dan kedua-duanya bersifat psikologi.

Asmah Haji Omar (1988) tokoh linguistik melayu menyatakan bahasa merupakan firasat atau
petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya.

Persoalan tentang bahasa telah mendapat perhatian ramai tokoh linguistik,
pelbagai definisi telah diberikan berdasar sudut pandangan  yang berbeza-beza mengikut
perspektif masing- masing daripada hasil kajian mereka, jelaslah bahasa
digunakan untuk bergabung atau berhubung sesama manusia.

No comments:

Post a Comment